Monday, August 19, 2019


PENCETAK (PRINTER)
Pencetak merupakan peranti keluaran yang membolehkan pengguna mendapatkan salinan dalam bentuk fizikal dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna.


PENCETAK DOT-MATRIX


  • Dari kategori Impact Printer (teknologi hentaman).
  • Mempunyai jejarum halus sebagai kepala cetak.
  • Menggunakan Riben sebagai dakwat.
  • Jejarum akan menghentam reben mengikut susunan tertentu bagi menghasilkan imej atau teks di atas kertas.
  • Semasa proses hentaman (cetakan), reben yang telah digunakan akan digulung bagi memastikan cetakan akan sentiasa menggunakan reben yang baru. 






PENCETAK INK JET

  •  Ia menggunakan konsep semburan dakwat berkelajuan tinggi.
  • 2 teknologi semburan : 
  1. Gelembung Udara
  • Apabila pencetak menerima signal, plat pemanas pada kepala cetak akan dipanaskan.
  • Pemanasan ini akan menghasilkan gelembung udara.
  • Gelembung Udara ini menyebabkan dakwat terpancut keluar dari kepala cetak dengan kelajuan tinggi.
      2. Getaran / Pengembangan
  • Cas elektrik dibekalkan kepada batu kuarza.
  • Batu kuarza akan mengembang.
  • Pengembangan akan menolak dakwat keluar

  • Dakwat disembur dalam corak tertentu di atas kertas bagi menghasilkan imej atau teks.        





PENCETAK LASER

  • Menggunakan teknologi laser atau LED (light emitting diod)
  • Apabila menerima signal (data), sinaran laser akan dipancarkan ke atas drum/roda sensitif cahaya mengikut bentuk tertentu.
  • Kawasan yang menerima pancaran bercas negatif.
  • Cas-cas ini akan menarik serbuk dakwat (digelar toner) dari bekas serbuk dakwat.
  • Dakwat berpindah ke atas kertas akibat tarikan cas kertas.
  • Kertas ini akan digelek di antara rod-rod besi yang panas (fuser)
  • Setelah digelek, toner melekat atas kertas.
















No comments:

Post a Comment