SIMPTON KEROSAKAN BERKAITAN PERKAKASAN KOMPUTER.
Simpton kerosakan yang akan dibincangkan dalam blog ini adalah :
- Kepanasan Sistem (Excessive Heat)
- Bau (Odor)
- Bunyi (Noise)
- Penunjuk Lampu (Light Indicator)
- Kerosakan yang tidak kelihatan (Invisible Damage)
SIMPTON BERKAITAN KEPANASAN SISTEM (EXCESSIVE HEAT)
- Cip dan komponen lain adalah sensitif kepada suhu yang tinggi.
- Haba mendatangkan masalah apabila mula menambah add-on cards.
- Tindakan-tindakan membantu dalam mencegah kerosakan berkaitan suhu :
→Pastikan keadaan peredaran udara dalam CPU baik.
→Pastikan sistem bebas daripada habuk.
→Pastikan kipas-kipas penyejuk berjalan dengan baik misalnya kipas bekalan kuasa dan kipas penyejuk mikro pemproses.
→Simpton cakera pada tempat yang suhunya kering dan dingin.
GEJALA-GEJALA PROSESSOR KEPANASAN MELAMPAU
- Komputer hanya boleh berfungsi dalam jangka masa yang singkat. Dalam jangka masa 5 minit hingga 30 minit.
- Kipas processor panas dalam masa yang singkat. Dalam jangka masa dibawah 10 minit.
- Komputer berfungsi dengan perlahan.
- Panas.
- Sistem "crash" tanpa sebab.
- Prestasi perisian yang lembab.
CARA-CARA UNTUK MENGATASI KEPANASAN MELAMPAU PROCESSOR
- Jika ising yang lama keras letakkan ising yang baru.
- Ising juga dipanggil sebagai (Termal Compound Kit) berfungsi sebagai penyejuk kepada Processor.
- Cuci kipas processor dan komponen lain dari habuk.
- Ini kerana, jika habuk yang banyak boleh mengakibatkan kipas processor dan kipas yang lain tidak dapat menyejukan processor dan komponen lain.
- Tambah kipas yang lebih berkualiti didalam CPU anda. Tujuannya ialah untuk menyejukkan lagi suhu di dalam CPU dan memastikan pengudaraan yang baik.
- Jika membiarkan kepanasan yang melampau, boleh mengakibatkan processor rosak dan yang lebih teruk lagi boleh mengakibatkan komponen komputer lain rosak terutama sekali motherboard.
SIMPTOM BERKAITAN BAU (ODOR)
- Power supply yang terlampau panas akibat "stressed" menyebabkan kebakaran komponen dalaman.
- Komponen yang mengalami kepanasan yang melampau boleh mengeluarkan bau terbakar, terutamanya pada motherboard.
- Sebagai pengguna, kita sentiasa perlu berhati-hati dalam penggunaan komputer supaya tidak berlaku seperti gambar diatas.
- Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan cooling fan atau memasang 2 heatsink pada komputer anda.
SIMPTON BERKAITAN BUNYI BISING (NOISE)
KESAN KEROSAKAN YANG BOLEH BERLAKU
- Bunyi kipas yang kuat.
- Power supply "failing" atau tidak menyalurkan tenaga secara consisten.
- Peningkatan haba dalam komputer.
- Kipas CPU atau casing rosak.
- Hard disk "failing" atau mengalami kerosakan.
CARA MENGEGAH
- Periksa hard disk dan power supply yang mungkin "failing" dalam keadaan tidak baik.
- Mengenal pasti masalah dengan mendengar bunyi beep pada komputer.
- Membuka casing dan mengenal pasti penyebab bunyi bising.
- Periksa sama ada ianya datang dari kipas atau wayar yang longar.
SIMPTOM BERKAITAN PENUNJUK LAMPU (LIGHT INDICATOR)
Lampu IDE LED menyala terus atau tidak menyala sama sekali. Demikian juga dengan lampu power LED. Bila masalah ini muncul, kemungkinan terbesar masalahnya terletak pada kesalahan posisi kabel-kabel front panel casing yang terhubung ke motherboard.
CARA MENCEGAH
- Membuat penyelengaraan dan membuat pemeriksaan dengan teliti.
- Periksa kabel yang terpasang sesuai dengan buku manual yang diserta pada motherboard.
- Memasang kabel dengan melihat warna-warna kabel yang ada pada front panel casing.
- Biasanya kabel berwarna warni (hijau, merah, oren, biru dan sebagainya) bergantung pada casing
SIMPTOM BERKAITAN KEROSAKAN YANG TIDAK KELIHATAN (INVISIBLE DAMAGE)
- Simptom ini adalah berkaitan dengan kerosakan yang tidak dapat dilihat secara mata kasar.
- Kerosakan dalaman komponen komputer, seperti
➤ Chipset "short"
➤Hard disk "bad sector"
➤Baterry hilang kuasa
➤Tarikh dan masa sistem selalu lari
- Jangka hayat komponen hampir luput.
- Voltage spike
CARA MENCEGAH
- Menukar atau repair motherboard.
- Mengenal pasti kerosakan hard disk yang mungkin disebabkan kerosakan dalaman (Bad sector) atau ganti yang baru.
- Jika OS rosak cuba melakukan penyelengaraan tukar OS baru.
- Membuat format pada komputer.